SELAMAT DATANG
Penemuan yang mampu mengubah kehidupan manusia.....

Tunjuk Langit adalah persediaan herba daripada ekstrak Buah Mahogani. Ianya mengandungi 3 komponen aktif utama khasiat herba semulajadi (FLAVANOIDS, SAPONINS dan ALKALOID PAHIT) yang terbukti berkesan untuk membantu melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga dan penjagaan kesihatan keseluruhan.
Terbukti berkesan untuk membantu mereka yang mengidap....* Kencing Manis * Darah Tinggi * Gout * Alergi Kulit * Malaria* Penyakit Jantung* Asma* Kesakitan Haid* Alzheimer* Strok Peringkat Awal* Gastrik* Reumatik* Mati Pucuk*Kurang Selera Makan* Penyakit Hati*Jerawat dan Lepuh Kulit* Kemandulan* Sembelit* Tumor* Sopak* Tahap Imunisasi Tubuh Badan Yang Lemah* Menghilangkan Jerawat dan Bintik-bintik * Menstabilkan Tahap Kolestrol Yang Diperlukan* Perembesan Tidak Seimbang* Mencantikan Kulit dan Sebagainya.
Selamat Melayari....BLOG TUNJUK LANGIT POWER ZONE...........

TESTIMONI

TESTIMONI PRODUK

Uncle Sam, KL
Setelah mengalami kemalangan, luka di kaki beliau tidak sembuh. Doktor kemudiannya mengesahkan beliau mengidap kencing manis dan perlu potong kaki. Setelah dua minggu mengambil kapsul Tunjuk Langit, beliau dapati luka di kaki telah kering dan doktor menyatakan beliau tidak perlu lagi potong kaki.

En. Wan Dani, Kelantan
Isteri beliau mengalami masalah keguguran setiap kali mengandung disebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi dan menyebabkab beliau gagal dapat anak. Disyorkan mengambil kapsul Tunjuk Langit, dan setelah dua bulan, beliau berjaya melalui proses hamil yang mana kini beliau dikurniakan sepasang anak kembar.

Cik Sarah, KL
Beliau mengidap penyakit asma sejak kecil dan telah mencuba pelbagai rawatan namun gagal. Beliau disyorkan mengambil kapsul Tunjuk Langit yang mana hari pertama hingga hari ketiga, beliau batuk dan selsema tanpa henti. Pada hari keempat, batuk dan selsema beliau telah berkurangan dan pada hari kelima, batuk, selsema malah gatal-gatal hidung hilang. Beliau kini menjalani hidup girang tanpa asma.



PENGAKUAN PENGGUNA

En. Adam Yap, Sabah - Kepenatan bekerja
"I bought 2 packet of Tunjuk Langit capsule and after consuming for 20 days, I feel healthy in my working day life, never feel tired anymore, just to be honest with you, that was a good product. Thank you very much!"

Saya membeli 2 kotak kapsul Tunjuk Langit dan selepas mengambil kapsul Tunjuk Langit selama 20 hari hari, saya rasa sihat dan segar pada setiap hari bekerja, tidak lagi merasa kepenatan, jujurnya ia adalah benar-benar suatu produk yang bagus. Terima kasih banyak-banyak.


En. David Pitt, warga Kanada - Lelah dan mengantuk
"I purchase one pack before returning to UK and having now taken them for 12 days, I am completely convinced of their restorative value - they have removed all my drowsiness and felt in good shape all day after taking just one tablet. Thank you Tunjuk Langit!"

Saya sering mengalami masalah lelah dan kepenatan walaupun pada hari tidak bekerja. Setelah membeli hanya sekotak kapsul Tunjuk Langit sebelum pulang ke UK dan telah berterusan mengambil kapsul Tunjuk Langit selama 12 hari, saya dapati ianya benar-benar telah menghilangkan kepenatan dan mengantuk malah membuatkan saya rasa segar dan bertenaga sepanjang hari walaupun dengan hanya mengambil sebiji kapsul sehari. Terima kasih Tunjuk Langit!


Pn. Rosiyah Bt. Kasiar -
warga Indonesia yang menetap diKuala Lumpur
"Saya mengalami masalah tompok hitam yang tebal di wajah sejak kecil sehingga hilang keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat dan suami sendiri. Pelbagai rawatan termasuk pakar telah saya cuba namun gagal. Pada Jun 2009, saya diperkenalkan dengan minuman kopi Tunjuk Langit. Saya mula mengamalkan minum kopi tersebut untuk mendapat tenaga bekerja sepanjang hari. Keajaiban berlaku bilamana pada bulan ketiga saya menyedari tompok hitam di wajah mulai pudar dan pada bulan kelima, tompok hitam di wajah tidak lagi kelihatan."

"Tunjuk Langit betul-betul power"
Mr. Sam @ Shamsuddin Abdullah - Hp: +6013-2194875
Kuala Lumpur
Age: 69

"Without this Tunjuk Langit, I've no leg"

En. Musa - (bukan nama sebenar)
Cheras, Kuala Lumpur



27-12-2007

03-01-2008


DARI AKBAR TEMPATAN


Harian Metro 25 April 2009



Sinar Harian 02 Disember 2009



KEISTIMEWAAN PRODUK TUNJUK LANGIT
berbanding produk lain di pasaran

1.   Tunjuk Langit merawat dan mencegah penyakit.
      Herba biasanya diklasifikasikan kepada 2 jenis mengikut kegunaannya.
         a)  Herba untuk pencegahan penyakit
         b)  Herba untuk pemulihan penyakit
     Namun khasiat yang terdapat dalam Tunjuk Langit adalah gabungan kedua-dua jenis herba ini.


2.  Tunjuk Langit sebagai sumber zat dan mineral terbaik untuk
     badan.
     Ini merujuk kepada sifat fizikal pokok mahogani (Tunjuk Langit) itu sendiri, di mana akarnya mencecah
     kedalaman sehingga 100 kaki manakala ketinggian pokok itu pula mencecah 180 kaki.

     Kerana sifat ini, pokok Mahogani (Tunjuk Langit) mampu menyerap mineral paling tulen dan berkhasiat daripada
     perut bumi dan menyalurkannya terus kepada buah Tunjuk Langit.

     Manakala sifat buah Tunjuk Langit itu sendiri yang terletak dalam posisi menegak di atas daun, menyebabkan ia
     mendapat tenaga yang mencukupi daripada sinaran cahaya matahari.


3. Produk Tunjuk Langit unggul tanpa perlu gabungan herba
    lain. 
    Seiring dengan sifat Tunjuk Langit seperti yang disebutkan diatas, ini membawa maksud, buah Tunjuk Langit
    sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya dalam mencegah dan merawat pelbagai penyakit. Ia unggul
    dengan khasiatnya tersendiri yang mana tidak perlu digabungkan dengan herba yang lain untuk mendapatkan
    kesan yang sebaik mungkin. Dalam erti kata lain, keajaiban Tunjuk Langit sememangnya telah diakui sejak turun
    temurun dalam dunia perubatan tradisional.



KAMI SANGAT BERBANGGA DENGAN TUNJUK LANGIT KERANA:

1.   Merupakan penemuan terbaru dalam sejarah herba yang mana Swietenia Industry merupakan syarikat pengasas
      kepada produk yang berasaskan buah Tunjuk Langit.

2.   Berdasarkan penelitian kami, ternyata Tunjuk Langit berkesan dalam membantu mengubati penyakit-penyakit

      kronik yang sedia ada. Hampir kesemua pengguna berpuashati dengan kesan positif yang ditampilkan melalui
      penggunaan produk ini.

3.   Benar-benar dapat membantu mereka yang sudah bertahun menderita pelbagai jenis penyakit menjalani
      kehidupan baru yang lebih sihat dan sempurna.

4.   Dapat menghasilkan produk yang berkualiti yang menepati bukan sahaja piawaian tempatan malah jua piawaian
      antarabangsa. Buktinya produk kami telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Brunei,
      Timur Tengah, China dan negara-negara lain.



SOALAN LAZIM

S    Apakah itu Tunjuk Langit?
J    Tunjuk Langit merupakan nama tempatan atau varnakular bagi buah pokok balak Mahogani.Pokok  Mahagoni ini juga digelar Raja Sweitenia atau Raja Mahogani ataupun lebih dikenali sebagai Mahogani Daun Lebar.

S   Apakah keistemewaan buah Tunjuk Langit ini?
J    Ia dikelaskan sebagai herba yang mana khasiatnya ada 2 dalam 1, iaitu mencegah & memulihkan penyakit.

S   Apakah khasiat buah Tunjuk Langit?
J   Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang unik iaitu flavonoids, saponins dan Alkoloid pahit. Selain itu ia mengandungi pelbagai jenis protein semulajadi, meneral, vitamin, enzim, asid lemak dan lain-lain nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga membantu melancarkan perjalanan darah dengan lebih teratur disamping meningkatkan sistem ketahanan badan, membaikpulih dan mengembalikan fungsi-fungsi badan yang tidak seimbang.

S  Adakah terdapat kesan sampingan?
J  Kapsul Tunjuk Langit tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Ianya telah diuji dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana didapati selamat diambil walaupun dalam kuantiti yang berlebihan.

S  Berapa lama kesan tersebut dapat dilihat?
J  Kesan dapat dilihat dalam tempuh sesingkat 2 hari hinggalah ke 2 minggu bergantung kepada penerimaan   badan da kesihatan seseorang individu.

S  Setakat ini, bagaimanakah respon pengguna terhadap kapsul
    Tunjuk Langit.
J  Respon pengguna ternyata amat menggalakkan, ramai yang menyatakan bahawa penyakit mereka sudah beransur pulih dan mereka pula mengesyorkan kepada saudara mara dan rakan-rakan. Malah ada juga yang menjadi pengedar di kawasan mereka.


SELAMAT BERKENALAN DENGAN BUAH TUNJUK LANGIT

DARI ALAM BUAT MANUSIA